Thursday, April 23, 2009

BERUBAH MUDAH MENYEBUT..

...TAPI sukar untuk melaksanakannya.

Seseorang itu perlu 'berubah' kepada yang lebih baik atau 'berubah' untuk menjadi yang lebih baik. Perubahan itu perlu dilakukan dengan sebaiknya dan menggunakan cara yang baik juga. Berubah bukan sahaja dengan kesungguhan kata-kata tapi kesungguhan melaksanakannya, dengan niat yang ikhlas.

Bila seseorang ingin berubah, dia perlukan sokongan dan panduan ke arah itu. Ada masanya perlu diberi peringatan atau teguran, bila dia terleka atau terkuar dari niat asalnya. Ada ketikanya ia menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dan pengorbanan dari berbagai segi. Doa dan usaha mesti seiring untuk mencapainya.

Aku harap aku mampu 'berubah' dengan mengatakan "Saya Boleh Berubah" dengan yakin dan melaksanakannya juga dengan yakin.

Bermain-main persoalan di mindaku....

"Mampukah aku melakukan perubahan itu...?" Sampai saat ini, aku tak dapat menjawabnya dengan pasti.

Aku kian gelisah...

Friday, December 14, 2007

INGIN KUKISAHKAN

Ingin kukisahkan dan kunyatakan apa saja di sini. Ianya menjadi dunia kecil buat nukilan-nukilanku nanti.

Lahirnya BLOG ini kerana aku ingin meluahkan apa yang kufikir dan apa kurasa atas 3 sebab.

1. Aku suka menulis.

2. Aku bimbang aku terlupa banyak perkara.

3. Aku ingin membaca dan mengingatinya kembali.